Sunday 29 September 2013

Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan

       Pasca kemerdekaan ini, terdapat pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh perkara yang dilakukan selepas makan. Pernahkah anda mendengar para saintis dewasa sering mengatakan "anda adalah apa yang anda makan"?. Terdapat pelbagai perkara yang harus dielakkan selepas makan.

       Jangan makan buah-buahan merupakan salah satu perkara yang perlu dielakkan selepas makan. Hal demikian ini kerana kita menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Justeru, lebih baik makan buah satu jam sebelum makan atau dua jam selepas makan.

       Selain itu, jangan mandi selepas makan.Sekiranya anda mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki, dan tubuh akan meningkat, manakala jumlah darah di bahagian perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut anda.

       Seterusnya, perkara yang harus dielakkan selepas makan adalah jangan minum teh. Hal ini kerana, asid yang terkandung di dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang telah dimakan akan segera mengeras yang mana asid yang terkandung di dalam daun teh akan mengakibatkan makanan tersebut sukar dicernakan. Jadi, anda disarankan agar minum air putih sahaja.

       Selain daripada minum teh selepas makan, kita juga perlu mengelakkan tabiat merokokselepas makan. Berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa merokok membahayakan kesihatan. Justeru, langkah terbaik ialah berhenti merokok.

       Akhir sekali, bersenam juga merupakan perkara yang perlu dielakkan selepas makan.Sebenarnya, bersenam baik untuk kesihatan dan diet. Namun jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas anda makan. Hal ini kerana, aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaantidak boleh berfungsi dengan baik.

       Kesimpulannya, kesihatan diri merupakan antara asper utama yang perlu dititik beratkan dalam kepenggunaan. Ini kerana dengan kesihatan kita dapat membentuk mental yang baik seligus menjamin kelestarian kehidupan individu dan keluarga.

                                                                                                                                 (299 patah perkataan)

Friday 7 June 2013

Tips Belajar!

Salam dan apa khabar semua! Terima kasih laa sebab sudi jenguk-jenguk blog ni...haih,lama betul tak post ape-ape! tak per,tak per~ kat bawah ni...hanani dah post...agak-agak korang paham x? hem,tak pelah! macam biasa,,,post saya x selalu detail...sentiasa simple...

                                                   
S Spesifik dan sistematik-tepat dan jelas.Contohnya,nak jadi doktor gigi bukan 'doktor' sahaja.Maknanya  
   anda perlu khususkan matlamat anda dengan jelas.

M Measureable dan mencabar-boleh diukur.Sesuatu matlamat yang ingin dicapai mestilah sesuatu yang
     boleh diukur dan mencabar diri untuk mencapai satu tahap yang lebih baik.

A Attainable dan accurate-boleh dicapai.Tidak terlalu tinggi sehingga tidak mampu dicapai,dan juga tidak  
    terlalu rendah sehingga tidak mencabar kebolohan

R Raealistic-bercita-cita nak jadi 'Ultraman' bukanlah sesuatu yang realistik.Jadi cita-cita dan matlamat
    perlulah realistik yang anda pasti boleh dicapai.

T Time-frame dan target-ada tempoh waktu yang ditetapkan