Monday 17 December 2012

Tips Belajar-Tips Jadi Rasional


           Assalamualaikum semua,,,kepada sesiapa yang membaca blog ni ye...ok,,,hari ini Hanani nak post tentang tips belajar secara rasional sebab hari ni malas sikit nak tulis panjang-panjang,,,haa...kalau korang nak tau bacalah kat bawah ni ye...

1) Bertindak berasaskan bukti,jangan mudah percaya kepada khabar angin
2) Berhati-hati dengan SMS berkenaan dengan soalan spot menjelang peperiksaan
3) Jangan pula menyebarkan SMS @ email mengenai soalan ramalan menjelang peperiksaan.Ia akan     
     menambahkan spekulasi dan menghilangkan sedikit fokus
4) Sentiasa berdoa kepada Allah,memohon pertolongan dan petunjuk
5) Mohon kepada Allah untuk dipermudahkan segala urusan,bukan mengharapkan soalan-soalan ramalan 
    yang belum tentu betul atau salah.
6) Menjelang peperiksaan,adakan perbincangan secara berkumpulan.Bincangkan soalan-soalan tahun-tahun 
    lepas.Ia lebih diyakini kerana ianya pernah dikeluarkan dalam peperiksaan.
7) Bertindak dengan rasional.Gunakan akal yang waras untuk berfikir.Elakkan percaya dengan khabar angin.
8) Usaha sehingga kita benar-benar puas hati.Biarlah kejayaan itu hasil daripada usaha sendiri.Bukan atas 
    bantuan perkara yang salah seperti meniru dan sebagainya.
9) Sesudah berusaha,serahkan segala urusan kepada Allah.Bertawakallah kepada Allah.Allah knows the 
    best.
              
             Ha! Ingat ye kepada sesape yang calon peperiksaan yang besar tu,,,macam saya....PMR you're mine!!! hahaha (evil laughs)...Eee...tapi takutlah nak berhadapan,,,okay tu jelah untuk hari ini,,, Assalamualaikum semua....