Sunday 1 June 2014

Fakta Tentang Mr. and Ms. Panda

Hai korang...maaflah dah lama tak update blog ni...by the way,thank you sebab sudi singgah blog saya! Ok,hari ni saya nak update tentang haiwan yang paling comel dan besar...ada 2 eye patch...tapi still haiwan ni boleh nampak...ok lah, nampaknya ada yang tergaru-garu kepala yang tak gatal asyik fikir...jawapannya adalah PANDA! sebenarnya saya ade seorang rakan yang gemar akan haiwan ini...jadi saya update lah tentang fakta menari haiwan berbulu hitam dan putih ni...
                                        
01)90% menu makanan panda adalah buluh.
02)Panda boleh memakan buluh sehingga 40kg dalam 1 hari sahaja.
03)Panda menghabiskan 2/3 hidupnya hanya untuk makan.
04)Dalam Zoologi, panda termasuk dalam haiwan karnivor (memakan daging). Tapi 90% makanannya          adalah buluh.
05)Panda juga boleh makan madu, telur, ikan dan juga buah.
06)Habitat asal panda adalah hanya di China.
07)Di China, 'Panda' disebut 'Xiongmao', manakala di Taiwan pula 'Panda' disebut 'Maoxiong'. Maksud    'Xiong' adalah beruang dan 'Mao' pula ialah kucing.
08)Walaupun seekor panda kelihatan baik dan lucu, tetapi panda juga akan menyerang manusia jika ia          berasa terancam.
09)Sifat agresif panda biasanya datang pada musim mengawan.
10)Panda mempunyai mata yang sama seperti kucing. Panda mampu melihat dalam gelap dengan lebih baik    berbanding beruang yang lain kerana pupil panda berbentuk vertikal.
11)Telapak tangan panda sama seperti beruang lain,kecuali tulang pergelangan tangannya lebih besar yang      berperanan membantu memegang buluh ketika makan.
12)Panda juga merupakan haiwan yang hebat mendaki,panda boleh jumpa tempat untuk berlindung/berteduh  seperti di atas pokok mahupun di batuan. Malah panda tidak memerlukan sarang umtuk berlindung. 13)Panda juga salah satu haiwan yang tidak perlu melakukan hibernasi.
14)Panda hanya mampu mengawan sebanyak 1 kali dalam setahun dan mampu melahirkan 2 ekor anak        pada masa 1 tahun itu.
15)Untuk menanda 'daerah kekuasaannya' (kawasan), panda menggunakan urin/air kencing untuk                 menandanya seperti di pohon atau batu-batuan.
16)Panda harus duduk atau berbaring ketika makan kerana mereka menggunakan kakinya untuk menyepit    buluh.
17)Panda mempunyai gigi dan rahang yang kuat untuk menghancurkan/mengunyah buluh. So,itu je lah untuk    update hari ni...harap-harap pengunjung dapat menambah ilmu dan mengetahui ape yang tidak atau               hendak diketahui.In sha Allah...saya akan update yang lain pulak...