1) Bertindak berasaskan bukti,jangan mudah percaya kepada khabar angin
2) Berhati-hati dengan SMS berkenaan dengan soalan spot menjelang peperiksaan
3) Jangan pula menyebarkan SMS @ email mengenai soalan ramalan menjelang peperiksaan.Ia akan
menambahkan spekulasi dan menghilangkan sedikit fokus
4) Sentiasa berdoa kepada Allah,memohon pertolongan dan petunjuk
5) Mohon kepada Allah untuk dipermudahkan segala urusan,bukan mengharapkan soalan-soalan ramalan
yang belum tentu betul atau salah.
6) Menjelang peperiksaan,adakan perbincangan secara berkumpulan.Bincangkan soalan-soalan tahun-tahun
lepas.Ia lebih diyakini kerana ianya pernah dikeluarkan dalam peperiksaan.
7) Bertindak dengan rasional.Gunakan akal yang waras untuk berfikir.Elakkan percaya dengan khabar angin.
8) Usaha sehingga kita benar-benar puas hati.Biarlah kejayaan itu hasil daripada usaha sendiri.Bukan atas
bantuan perkara yang salah seperti meniru dan sebagainya.
9) Sesudah berusaha,serahkan segala urusan kepada Allah.Bertawakallah kepada Allah.Allah knows the
best.
Ha! Ingat ye kepada sesape yang calon peperiksaan yang besar tu,,,macam saya....PMR you're mine!!! hahaha (evil laughs)...Eee...tapi takutlah nak berhadapan,,,okay tu jelah untuk hari ini,,, Assalamualaikum semua....